PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 27 Mac 2014

KERJASAMA JKKK DENGAN MULTIMEDIA SCIENCE UNIVERSITY MSU

Program kerjasama diantara JKKK dan MSU diteruskan lagi.  Pada 21hb Februri ya lalu..satu program gotong royong telah di adakan. Gotong royong brtujuan untuk membantu golongan yang miskin sekitar Padang Jawa dengan membersihkan dan mengemas rumah mereka agar kelihatan lebih baik . Selain membersih.pelajar pekajar juga telah mengecat serta menukar beberapa peralatan dalam rumah. Antaranya ialah meja dan kerusi yang baru.

Seramai kira kira 60 orang Pelajar dari MSU yang kebanyakannya dari Jurusan Perniagaan telah turut serta dalam program tersebut. Alhamdullillah program berjalan baik dan selesai sekitar jam 4.00 petaling. Sebanyak 4 buah Keluarga telah dilipih untu menyertai program ini iaitu rumah Puan Norlia Mohamed di Lot 634,  Rumah Puan Jai di Lot 640 Kedai Heri, Rumah Puan Siti inon di 634 serta rumah En Zain di Lorong Jasa. Selain membersih, pelajar pelajar turut didedahkan dengan suasana kehidupan Kmapung di mana terdapat ramai golongan yang masih di taraf miskin.

dan diharap ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman tentang perlunya kehidupan dan kerjsama serta tolong menolong dan membantu rakyat dan ini akan dapat memberi pengajaran berguna untuk mereka dalam mengharungi kehidupan mereka di masa depan.








Selasa, 18 Mac 2014

KULIAH BULANAN BERSAMA JKKK



Satu Program Kuliah Lorong anjuran JKKK Padang Jawa Petaling telah diadakan pada 1hb Mac 2014. Penceramah pada malam tersebut adalah Ust Md Syahiidd. Beliau merupakan anak jati Padang Jawa yang berjaya dilahrkan sebagai pendakwah Generasi Baru. Turut hadir ialah To Penghulu Mukim Bukit Raja, To Arzmi bin Mohd Atan. Insya Allah Program program pengisian agama dan dakwah akan diteruskan .







Selasa, 11 Mac 2014

PROGRAM KEBAJIKAN DAN ZIARAH






Rabu 5hb Mac 2014 - JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama Dewan Muslimat Shah Alam telah mengadakan program Kebajikan dan ziarah bersama Dewan Muslimat PAS Shah Alam. Antara yang sempat kami ziarahi termasuklah Sdra Pak Yaacob - beliau merupakan bekas AJK Biro Keselamatan dan kini uzur sakit sendi lutut. Juga Puan Saerah di Jalan Tegas yang sedang uzur akibat terjatuh.


Seterusnya rumah Tn Hj Husin di jalan Sekolah yang juga sedang uzur dan tiada berkemampuan untuk bergerak tanpa kerusi roda. Antara rumah rumah lain yang sempat juga kami ziarahi serta memberi sedikit bantuan dalam bentuk barangan keperluan seharian termasuklah rumah Kak Teh di Lorong Sri Aman yang sedang menderita Sakit Barah / rumah Kak nah di Jalan Besar yang baru sahaja kehilangan suami yang meninggal serta Rumah Sarjan Mat Zain yang juga sedang uzur sakit jantung.



Semuga mereka semua beroleh kesembuhan serta keberkatan hisup oleh Allah swt serta dapat sembuh Insya Allah. Doa kami mengiringi untuk mereka semua.

Selasa, 4 Mac 2014

GOTONG ROYONG MENCEGAH PENULARAN WABAK DENGGI









Ahad 2hb Mac 2014 - Program Gotong Royong Telah berjaya di adakan pada 2hb Mac yang lalu. Bertempat di Bilik Gerakan JKKK Kampung Padang Jawa Petaling Program tersebut bermula sekitar jam 08.30 pagi dan berakhir jam 01.00 tengahari.

Program yang di Kelolakan oleh JKKK ini telah diberi kerjsama sepeuhnya oleh Pihak Pihak PBT terutamanya Pejabat Daerah Tanah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam, Pejabat Exco Kesihatan Negeri Selangor serta di bantu oleh Pihak Pihak NGO sekitar Kampung Padang Jawa Petaling. Antara NGO yang terlibat secara langsung termasuklah HAWA Padang Jawa, Jabatan Amal Selangor, Muslimat PAS Padang Jawa serta Surau Nurul Iman.

Antara aktiviti utama program gotong royong ini adalah termasuk menyrahkan risalah risalah mengenai wabak demam denggi yang sedang melanda negeri Selangor dan Kampung Padang Jawa Khasnya. Ini termasuklah membersih dan mengutip sampah sarap, tayar tayar buruk , memusnahkan tempat bertakung dan sebagainya. Alhamdullillah, matlamat memberi kefahaman kepada masyarakat tercapai.

Bagaimanapun ianya perlu dilakukan secara berterusan demi kemashalatan penduduk.
Turut hadir serta meresmikan program ini ialah Dr Daroyah Alwi yang merupakan exco kesihatan Negeri Selangor, Datuk Mohd Misri iaitu Tuan Pegawai daerah Petaling, To Arzmi Mohd Atan selaku To Penghulu Mukim Bukit Raja serta Dr Chandra dari MBSA.

Turut serta mengimarahkan suasana serta membantu program ini ialah pelajar pelajar Universiti of Madinah Shah Alam. We would like to take this oppoturnity to Thank You to fellow Brothers from University of Madinah for your helping hand to make this programme success. We would like to see you again in our other program in near future. Thank you again Bro Abu Bakar and friend ...and you Doa make some of us cry....picture in a while

Isnin, 24 Februari 2014

KURSUS ICT UTK JKKK

Pejabat Daerah Petaling telah menganjurkan satu Kursus bagaimana membina Blog yang di khaskan untuk JKKK Kampung daerah Petaling/ Difahamkan sekitar 26 buah kampung semuanya yang terdapat di daerah Petaling terlibat dalam kursus ini yang diadakan bermula pada 24/02/2014 sehingga 28/02/2014.
JKKK Padang Jawa

 JKKK Padang Jawa Petaling diwakili oleh Tn Hj Abdul Aziz serta Sdr Zahid selaku Biro ICT. Alhamdullilah Kursus ini dapat membantu kami dalam memahami cara cara membina blog yng lebih baik dan cantik serta mudah dilayari serta bermaklumat dan sensasi. Terima Kasih kepada Tenaga Pengajar.


 
 

Rabu, 20 Februari 2013

BOLING AMAL JKKK




Satu lagi Program amal telah diadakan pada 23hb Disember yang lalu. Program Boling amal telah diadakan bertempat di Space U8 Shah Alam.

Antara tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi tali siratul rahim dikalangan masyarakat kampung kerana keseluruhan perserta adalah dari masyarakat Kampung. Selain dari itu untuk mengsisi tabung JKKK Padang Jawa Petaling.

MAJLIS MKN MLM BERSAMA SRA




Satu Majlis Makan malam Amal anjuran PIBG Sek Ren Agama Padang Jawa telag diadakan pada 15hb Disember 2013 yang lalu. Program yang bermula sekitar jam 9.00 malam itu telah diresmikan oleh Yang Berbahgia Ustaz Hj Ahmad Zaki Arshad selaku Timbalan Pengarah JAKIM Negeri Selangor.
Beliau juga merupakan Pengerusi  Biro Pendidikan Agama bagi ngeeri Selangor Darul Ehsan.

Menurut Pengerusi PIBG Sek Ren Agama...Ustaz Hj Kamal nasir tujuan utama penganjuran Majlis Makan Malam ini adalah untuk mengutip Dana untuk mengisi Tabung Pembinaan Rumah Sewa di atas tanah yang diwakafkan untuk Sek Agama. Dengan Izin Allah swt ini akan dapat membantu mengisi Tabung Dana tersebut.

JKKK telah diraikan berserta AJK AJKnya dalam majlis tersebut.