PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 21 Oktober 2009

AIDILFITRI BERSAMA MASJID AS-SOLIHIN










Ahad 18hb Oktober 09 - Masjid As Solihin Padang Jawa telah menganjurkan satu program Aidilfitri terbuka khususnya untuk penduduk Qariah Padang Jawa Klang dan Petaling.

progrram yang disusun rapi ini telah mendapat sambutan hebat dengan dibanjiri oleh lebih 5,000 penduduk Kampung.

Program bermula jam 07.00 ptg dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Seterusnya telah diadakan Kuliah Maghrib bersama sama penceramah jemputan iaitu Ust Uda Kasim.

Selepas Isyak, para jemputan yang terdiri dari masyarakat kampung telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh pihak pihak yang terlibat.

Masjid As Solihin telah menjemput badan badan NGO, Parti Parti Politik serta Syarikat syarikat untuk turut menyertai program ini.

Antara yang turut menyertai ialah PAS Padang Jawa Petaling dan Klang, Pasti Az Zahrah 1, 2 & 4, UMNO Padang Jawa, Women Institution (WI), Persatuan Peniaga Pasar Malam Padang Jawa, Tadika kemas serta beberapa syarikat swasta. Antara Hidangan yang dijamu ialah Mee Kari, Rojak, Kueh Muih, Ayam Panggang, Laksa, serta pelbagai hidangan serbaneka.

JKKK Padang Jawa Petaling telah turut serta dalam program ini dengan mengambil satu lot gerai dengan menyediakan juadah iaitu mee dan meehon goreng.
Dalam ucapan Aluan, Nazir Masjid Padang Jawa melahirkan kesyurkuran atas penganjuran program ini serta sambutan masyarakat sekitarnya. Beliau menyeru Masyarakat Padang Jawa akan terus mengimrakkan Masjid sebagai tempat aktiviti agar dapat membentuk menjadi manusia yang baik dan terpuji.
Antara para jemputan yang turut hadir termasuklah ADUN Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail serta Suami, Ahli Majlis Tuan Zulkifli Mohd Nani, serta pemimpin pemimpin masyarakat tempatan

Turut mengadakan persembahan ialah Para pelajar dari PASTI Az Zahrah.

Program yang serba meriah ini berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Ahad, 18 Oktober 2009

KAUM INDIA TIDAK DILUPAKAN...SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI











Jumaat 16hb Oktober, 2009 - Kaum India yang tidak di Kampung Padang Jawa Petaling tidak dilupakan dalam menyambut perayaan Deepavali pada 17hb Oktober ini.
Sehubungan itu, Pihak JKKK Padang Jawa Petaling telah berkesempatan bertemu dengan golongan warga emas serta miskin kaum India ini.

Dalam kesempatan itu, Pihak JKKK telah menghulurkan bantuan bagi memberi kegembiraan serta mengurangkan beban dalam mereka menyambut Deepavali ini. Seramai lebih 10 buah keluarga yang mempunyai warga emas telah mendapat sumbangan tersebut.

Antara bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras,, tepung serta kuih muih. Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz barhan telah berkesempatan menyerahkan sumbangan tersebut bagi pihak JKKK. Terdapat 3 lorong dimana diduduki oleh Kaum India. lorong lorong tersebut ialah Lorong Cairil K9, Lorong Chandran dan Lorong Ayub Maju.
Disebelah malamnya pula, Kaum India warga emas ini telah dijemput ke Dewan MPP Zon 6 di Seksyen 17 Shah Alam. Pihak MPP Zon 6 sendiri telah menyediakan sedikit jamuan serta barangan kepada mereka agar sambutan Deepavali ini lebih bererti lagi buat mereka.

Wakil kaum India, En Marimuthu, mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak kaum India di Padang Jawa Ini di atas keperihatinan pihak JKKK terhadap mereka. Beliau berharap hubungan baik antara kaum akan dapat diteruskan dalam menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.

Tazkirah Ust Zaki (Sila Klik)

Sila Klik untuk melihat tazkirah Ust Zaki............

Rabu, 14 Oktober 2009

CERAMAH AIDILFITRI : JUNJUNGLAH ISLAM


Ahad 11hb Oktober 2009 - "Sesungguhnya orang yang mulia di sisi Allah ialah orang orang yang bertakwa kepada Allah, bukan kerana bangsanya....tak kira Arab, Melayu, India Cina"."

Mencari rezki, biarlah dengan bertaqwa, mencari isteri / suami biarlah dengan bertaqwa, dan lain lain lagi agar mendapat redha Allah." Demikianlah antara intipati intipati dalam tazkirah Aidilfitri yang telah di sampaikan oleh Ustaz Hj Ahmad Zaki Arshad, sewaktu program Aidilfitri meraikan golongan kurang bernasib baik.
Beliau yang juga Nazir Msjid As Solihin Padang Jawa, menyarankan kepada semua yang hadir agar sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan hidup kerana ianya adalah sebagai ujian daripada Allah swt untuk melihat siapa yang lebih bertaqwa antara kita.
Antara intipati dan kupasan beliau dalam tazkirah :
1. Orang yang bertaqwa akan melakukan apa yang benar benar diredhai Allah.

2. Orang yang bertaqwa tidak akan melakukan apa yang dilarang oleh Allah.

3. Doa adalah senjata penting orang mukmim.

4. Sentiasa memohon doa selepas solat dalam apa keadaan sekalipun, susah atau senang.

5. Allah tidak akan menjadikan seseorang itu sentiasa susah, insya Allah akan tiba masa waktu senang.

6. Biarlah miskin harta tetapi amal ibadah kepada Allah swt hendaklah bersungguh sungguh dan jangan tinggal.

7. Jadikanlah kisah di Zaman Baginda Rasulullah Saw, seorang sahabat bernama Saklabah sebagai tauladan agar jangan ingat Allah sewaktu susah, dan apabila tiba waktu senang maka lupa Allah dan sibuk dengan dunia kerana menguruskan perniagaan.

8. Hanya Islam yang akan kekal sehingga kiamat, bukan bangsa.


Tazkirah dalam video menyusul....

Selasa, 13 Oktober 2009

GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DIRAI












Ahad 11hb Oktober 2009 - Golongan yang kurang bernasib Baik di sekitar Padang Jawa Petaling telah diraikan oleh JKKK Padang Jawa Petaling dalam satu program sempena sambutan Aidilfitri .

Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abd Aziz Barhan program ini diadakan bertujuan untuk meraikan serta memberi kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Antara yang diraikan ialah golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Fakir Miskin, Ibu Ibu tunggal, Warga Emas serta anak anak yatim.
Beberapa pihak individu serta syarikat syarikat swasta telah sudi memberi sumbangan kepada pihak JKKK dalam usaha menjayakan program ini. Antara sumbangan yang diterima adalah dalam bentuk barangan serta wang hari raya.
"Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari pihak pihak tertentu samada dari individu mahupun syarikat syarikat serta dari lain lain sumber. Semuga dengan sumbangan semua akan dapat memberi kegembiraan kepada golongan ini dalam mereka merayakan Aidil Fitri. Kami juga berharap pihak pihak individu ini mahupun syarikat syarikat swasta akan terus memberikan komitmen kepada kami dalam usaha kami untuk menjadikan kampung ini sebagai "Kampung Berkebajikan" sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri sebagai Negeri Berkebajikan."
Beliau turut berkesempatan memohon maaf kepada seluruh hadirin yang hadir sekiranya dalam tempoh perkhidmatan selama kira kira setahun ini terdapat kesalahan dan kesilapan dalam mentadbir kampung ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Tn Hj Khalid Samad dalam ucapan alu aluannya mengucapkan syabas kepada Pihak JKKK ke atas penganjuran program ini.
"Saya ingin nyatakan disini bahawa saya menyokong 100 peratus kepada pihak JKKK atas kejayaan menganjur majlis ini".
Dalam ucapan seterusnya, beliau turut memberi semangat serta galakan kepada golongan Kurang bernasib baik ini dalam mengharungi kehidupan mendatang.

"Sesungguhnya apa yang dilalui oleh anda semua adalah ujian dari Tuhan, bersabarlah dalam menghadapinya dan insya Allah tuhan akan sentiasa membantu anda semua."
Beliau turut menyarankan kepada golongan yang berkemampuan agar sentiasa perihatin dan serta membantu golongan ini seberapa daya.
"Kerajaan negeri akan cuba membantu sebaik mungkin namun dorongan serta sokongan dari pihak pihak swasta serta individu berkemampuan adalah amat penting dalam usaha kami merealisasikan Negeri berkebajikan."

Turut hadir dalam program ini termasuklah Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Sdr. Ahmad Zaki Arshad.

Pemimpin tempatan yang hadir ialah Pengerusi Surau Nurul Iman, Sdr Rahman Jalil, Imam Sdr Abd Jalil Ahmad, Ketua PAS Padang Jawa Petaling, Hj Hisham Parman serta Ahli Majlis MBSA Sdr Zulkifli Mohd Nani.

Ahli jawatankuasa JKKK telah bekerjasama termasuk melayan para hadirin sendiri untuk memberi kemudahan dan kegembiraan kepada semua yang hadir.

GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DIRAI

Jumaat, 9 Oktober 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

PAS Kawasan Shah Alam dengan kerjasama PKR Bahagian Shah Alam akan mengadakan program rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri pada 11hb Oktober 2009 (Ahad) bersamaan 22 Syawal 1430.

Tempat : Dewan MBSA Seksyen 16, Shah Alam
Masa : Mulai Jam 02.00 petang - 04.00 petang
Tarikh : 11hb Oktober 2009 (Ahad)

Seluruh masyarakat setempat serta masyarakat Padang Jawa Petaling dijemput hadir.

Khamis, 1 Oktober 2009

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA DUN BATU TIGA


DUN Batu tiga akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidil Fitri pada hari jumaat .2hb Oktober 2009 bertempat di Dewan MBSA Seksyen 17 bermula jam 08.00 malam. Seluruh masyarakat Shah Alam dijemput hadir