PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 24 Disember 2009

HARI TERBUKA KESEDARAN KESIHATAN CHEMICAL COMPANY OF MALAYSIA

Chemical Company of Malaysia (CCM) telah menjemput JKKK Padang Jawa Petaling ke program anjuran mereka pada 7hb Disember yang lalu.
Menurut pegawai perhubungan awam mereka, Sdr Khairi bin Abdullah antara tujuan program ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai fungsi Syarikat mereka.
Selama ini mereka dikenali di kalangan masyarakat Padang Jawa sebagai sebuah kilang membuat baja, sedangkan kami juga ada mengeluarkan produk produk lain terutamanya produk kesihatan dan farmasi.
Kami harap dengan adanya program ini masyarakat setempat akan dapat lebih memahami serta mengenali kami.; katanya.
Program ini turut disertai oleh Agensi agensi kerajaan, swasta serta NGO NGo.
Antara yang turu menyertai ialah Majlis bandaraya shah Alam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya JKJR, serta Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA).
Peserta peserta digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang telah diberikan secara percuma oleh sebuah NGO.
Pihak JKKK berharap hubungan baik antara JKKK Padang Jawa serta CCM akan bertambah erat dari masa ke semasa dengan adanya program seperti ini dan akan dapat diteruskan dimasa masa akan datang.

HARI KEPUTERAAN BAGINDA SULTAN SELANGOR

JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput ke Majlis santapan rakyat sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 13hb Disember 2009 yang lalu.
Bertempat di Istana Alam Shah Klang, hampir lebih 3,000 orang dari kalangan rakyat pelbagai kaum telah turut serta memeriahkan lagi suasana.
Pergi dengan menggunakan Bas yang telah ditempah khas untuk JKKK majlis berlangsung dengan meriah dan rakyat telah berpeluang bersalam salaman dengan Baginda Sultan sebelum program berakhir.


 

Selasa, 22 Disember 2009

JEMPUTAN KE PERESMIAN MASJID BANDAR DIRAJA KLANG




Baginda Sultan Selangor telah berkenan meresmikan Masjid Baru Bandar Diraja Klang pada 11hb Disember lalu.
JKKK Padang Jawa Petaling telah turut serta dalam program peresmian Masjid Bandar Di Raja Klang pada 11hb Disember 2009 yang lalu.
Hampir sebahagian besar AJK telah menyertai program tersebut yang bermula jam 11.30 pagi di perkarangan Masid Bandar Diraja Klang dan seterusnya bersama sama menunaikan Sembahyang Jumaat bersama sama baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Seterusnya telah disajikan dengan majlis santapan bersama sama Sultan.

AJk telah sepakat beramai ramai pergi secara berkonvoi motor untuk mengelakkan kesesakan lalulintas sekitar bandar Klang.

Isnin, 21 Disember 2009

PROGRAM SUKAN DAN DAKWAH MASJID AS SOLIHIN






Satu Program Sukan dan Dakwah telah diadakan pada 12 hingga 13 hb Disember 2009 yang lalu. Program Anjuran Masjid As Solihin padang Jawa ini dianjurkan bersama sama dengan Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16, Shah Alam , JKKK Padang Jawa Petaling dan Klang, MPP Zon 5 dan 6, serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) .
Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah mendapat sambutan hebat dari penduduk setempat sekitar Padang Jawa, Seksyen 17, serta Sungai Rasa dan Pangsapuri Rimba.
Antara acara acara yang diadakan termasuklah Bolasepak Street Soccer untuk bawah 12 tahun serta 15 tahun, Acara terbuka Ping Pong, Nasyid karaoke, Laungan Azan, Hafazan, congkak, serta acara Kembara bermotor remaja.
Seawal pagi lagi, peserta peserta telah berkumpul untuk turut serta dalam program ini yang telah diadakan diperkarangan Masjid As Solihin dan Dewan MBSA berdekatan.
Menurut Nazir Masjid As Solihin Padang jawa, antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi aspirasi kepada Masyarakat setempat bahawa fungsi masjid bukan sahaja sebagai  tempat beribadat khusus seperti bersembahyang atau mendengan ceramah agama sahaja, tetapi bahkan juga Masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk beriadah dan bersukan selain sebagai medan dakwah kepada masyarakat.
'Selain itu juga, antara objektif utama kami mengadakan program ini adalah untuk menarik golongan remaja serta belia agar berjinak jinak dengan institusi masjid. Adalah menjadi matlamat kami agar para remaja dan belia ini dapat mendekati serta berjinak jinak dengan institusi masjid sebagai asas untuk menjadikan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik. Dengan cara ini mereka tidak akan membuang masa sepanjang cuti sekolah dengan melakukan perkara perkara yang sia sia seperti merempit, melepak dan sebagainya. Pihak masjid juga ada mengadakan program bimbingan pelajar yang diadakan sepanjang cuti sekolah ini khas untuk pelajar pelajar. Alhamdullillah, program ini telah mendapat sambutan hebat dari ibubapa ibubapa pelajar yang begitu ramai menghantar anak anak mereka menyertai program ini sebagai salah satu cara dakwah kami kepada masyarakat." katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi program Sukan dan Dakwah ini, saudara Zakaria talib tidak menyangka sambutan hangat yang diberikan dari kalangan remaja dan belia sekitar Padang Jawa ini.
"Insya Allah ini adalah sebagai pemangkin bagi kami selaku Penganjur untuk terus mengadakan program program seperti ini sebagai medan dakwah. Dalam program ini, selain bersukan, kami juga menyelitkan tazkirah terutama dikalangan remaja dan belia agar mereka dapat memahami dan menjalani kehidupan yang lebih baik.; katanya.

Turut hadir dalam program Sukan dan Dakwah ini termasuklah Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Khalid Samad, Nazir Masjid jamek Raja Tun Uda, Ketua Kampung padang Jawa Klang En Saian Asmari dan Padang Jawa Petaling En Abd Aziz Barhan. Ahli Parlimen, Hj Khalid Samad telah berkenan menyampaikan cenderamata kepada para peserta peserta serta pemenang pertandingan dalam program ini.

Rabu, 2 Disember 2009

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430

Sabtu - 28hb Nov 09 - Sempena menyambut hari raya Eidul adha atau hari raya korban tahun ini, JKKK Padang Jawa Petaling telah turut serta membuat korban seekor lembu. Program yang di adakan untuk kali pertama ini turur di sertai oleh penduduk penduduk sekitar yang sama sama membantu melapah serta mengedar daging daging yang telah dibungkus.
Antara penerima penerima utama untuk bahagian daging ini adalah terdiri dari golongan fakir miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga emas, mahupun AJK serta masyarakat setempat sekitar Padang Jawa Petaling.
Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, program ini adalah satu ibadah yang be rtujuan tidak lain untuk membantu golongan golongan yang memerlukan agar mereka dapat turut sama merasai kegembiraan dalam menyambut Hari raya ini. Firman Allah swt, "Tidak sampai daging korban itu kepada aku, tetapi yang penting adalah amalan serta taqruwa kamu kepadaku".
Jesteru itu, Tn Hj Abdul Aziz mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma penderma lembu tersebut serta penama penama lembu yang telah sudi sama sama membantu dari awal hingga taman program.
Seorang peserta, Sdr Khairul Zakaria melahirkan ucapan terima kasih atas keperihatinan pihak JKKK mengadakan program sedemikian. "Ini akan dapat membantu golongan fakir miskin dan saya sendiri turut merasakan penderitaan mereka. Di harap pihak JKKK akan terus mengadakan program seperti ini di masa mas akan datang.
Antara yang turut serta termasuklah masyarakat setempat serta golongan belia yang sama sama melapah serta mengedar daging daging yang telah siap di bungkus.