PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 25 Februari 2010

PELAJAR CEMERLANG PADANG JAWA DIRAI (sila klik galeri aktiviti untuk melihat gambar program)

Bagi meraikan pelajar pelajar cemerlang yang telah mengharumkan nama Kampung Padang jawa dalam peperiksaan, satu program khas telah diadakan pada 21 hb Februari yang lalu bertempat di dewan Sekolah Rendah Agama Padang jawa.
Program khas yang diberi nama "Program meraikan pelajar Cemerlang" untuk UPSR, PSRA dan PMR tahun 2009 diadakan untuk memberi penghargaan terhadap kecermelangan yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut.
Program anjuran bersama antara Biro Kebajikan dan Hal Ehwal wanita serta Biro Pendidikan dan agama JKKK Padang Jawa Petaling serta Pejabat DUN batu Tiga, Pejabat Parlimen Shah Alam, MPP Zon 6 telah meraikan seramai kira kira 21 orang pelajar cemerlang telah diresmikan oleh ADUN batu Tiga Pn Rodziah ismail melalui wakil pegawai khas beliau En Naim Jusri..
Berikut senarai pelajar pelajar cemerlang:
UPSR : 1. Ahmad Salihin Saidi (5A)  2. Alif Najmi b Zulkifli (5A)  3. Nur Aishah Nadirah (5A)
4. Nurul Iman Kaharuddin (5A) 5. Mohd Naim Abdul Raof (4A)  6. Fajriah Husna Azhari (4A)
7. Mohamad Shah rizan Maddah (4A)    8. Moha Arif b Zakaria (4A)   9.  Nor Farisha Irwayu (4A)    10. Nurul Alia Johan (4A)   11. Siti Rosmahniza (4A)

PSRA :   1. Moha Aiman Akmal Omar    2.  Mohd Arif b Zakaria   3. Mohd Amirul Hakim.   4. Fajriah Husna bt Azhari  5. Nurul Iman Kaharudin

PMR :    1. Nurul Syuhada Tusiman (8A)  2. Nur Aina Natasha Mohd Asmadi.  (8A 1B)    3. Nur Syahira bt Suardi (9A)   4. Siti Hawa Athikah mohd anuar (8A)   5. Muhammad Nur Farid b Omar (8A)   6. Nor Azira Kamaruddin (8A)   7. Mohd Zaidi Manap (8A)

Menurut timbalan pengarah program, Pn Hajah Rahelah Arshad, antara objektif utama program ini ialah selain meraikan pelajar berkenaan, ianya juga bertujuan untuk :
  • Membangunkan kualiti keibubapaan yang mempunyai motivasi diri dalam memdidik anak anak.
  • Membentuk pelajar yang cemerlang dan berdidikasi dalam menguruskan sendiri hal ehwal pendidikan.
  • Menanam semangat cintakan agama, pelajaran dan sekolah.
Turut hadir dalam program ini ialah Tn Hj Khalid Samad selaku Ahli Parlimen shah alam, Pegawai Khas ADUN Batu Tiga, En Naim Jusri, Pengerusi PIBG Sek Ren Agama Padang Jawa En Isa Ishak serta Ketua PAS Padang Jawa, Hj Hisham Parman.

Dalam Ucapan alu aluan, Tn Hj Khalid Samad menyatakan perlunya pendidikan itu diseimbangkan dengan agama.  Ini secara tidak langsung akan dapat membantu pelajar membentuk sahsiah diri yang baik dalam menghadapi kehidupan mendatang. Para pelajar disarankan supaya jangan mudah berpuashati dengan apa yang telah dicapai. "Dalam meniti kejayaan, kita harus bersedia untuk menghadapi kegagalan pada mulanya" katanya lagi.

Program ini turut diisi dengan ceramah motivasi keibubapaan oleh yang Berbahgia ustaz Maskor dari Jabatan Agama islam Selangor. Antara kandungan ceramah motivasi beliau ialah
  • Carilah dunia semampu namun akhirat jangan dilupakan
  • Keluarga cemerlang pencetus motivasi pelajar
  • Ibu bapa mesti menjadi role model kepada anak anak.
  • jangan tinggalkan solat 5 waktu
  • sentiasa makan bersama sama ahli keluarga
  • Mestilah "sampai hati" dalam mendidik anak anak
Beliau juga menceritakan pengalaman beliau mendidik seorang ayah berumur 33 tahun yang tidak mempunyai asas agama. Menurutnya, bapa tersebut mohon beliau mengajarkannya dengan Al quran kerana langsung tidak tahu membaca. Bapa tersebut insaf selepas mengalami kemalangan dan terpaksa melalui pengalaman memeritkan yang emnginsafkan beliau. Dia memberitahu bahawa dia mahu anak anaknya celik agama dan jangan menjadi seperti dia..lalu beliau telah memberi semua anak anaknya pendidikan agama secukupnya dengan menghantar anak anaknya ke sekolah agama. Alhamdullillah.

Program berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Isnin, 22 Februari 2010

PROGRAM MARI BELAJAR MEMBACA ALQURAN DIRESMI

Sabtu 20hb Februari 2010 - Biro Agama kebajikan dan Hal Ehwal Wanita JKKK Padang Jawa Petaling sekali lagi mengorak langkah awal dengan mengadakan satu lagi program untuk masyarakat sekitar Padang Jawa.
Program yang dinamakan "MARI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN" ini di sasarkan terutama kepada para ibu-ibu tunggal serta para ibu-ibu yang terdapat disekitar Padang Jawa.

Antara pengisian utama program ini ialah:
1. Memberi pertarbiahan kepada golongan ini tentang sejarah Islam dan Al Quran
2. Menerangkan tentang isi kandungan Al Quran.
3. Cara cara membaca Al Quran dengan betul.

Menurut ketua Biro Kebajikan , Sdr Anuar @ Mohd Nasir, antara matlamat utama program dan kuliah ini diadakan ialah untuk mendidik serta menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat yang terdapat di Padang Jawa ini. "Kami berharap dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang betapa pentingnya kefahaman serta pengetahuan dalam membac a al Quran. Ini Secara tidak langsung akan dapat mendidik masyarakat kearah kehidupan yang lebih baik dalam seharian mereka sejajar dengan apa yang diperintahkan oleh Allah swt melalui Rasulullah SAW", katanya.
Sementar Ketua Biro Pendidikan, Sdr Mahfuz Othman pula berpandangan bahawa masyarakat perlu sentiasa terus dididik agar mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka selaras dengan cara cara yang disarankan oleh Agama. "Kebanyakan merekapun telah mengetahui mengenai cara cara membaca Al Quran dengan baik dan kami selaku JKKK hanya berusaha untuk membantu mereka dengan mengadakan program sebegini. katanya.
Seorang peserta, Pn. Zubaidah Mahat berkata program ini adalah amat baik dalam membantu masyarakat terutamanya yang tidak berkemapuan. "Saya pun seronok dapat mengikuti program ini kerana ianya dijalankan secara percuma , yidak ada yuran yang dikenakan dan ini dapat membantu saya agar dapat membaca Al Quran dengan baik" katanya.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan beliau berharap dengan adanya program program seperti ini ianya akan dapat memberi input ataupun kefahaman yang berguna untuk masyarakat dalam menangani kehidupan yang semakin mencabar. Beliau juga berharap program ini akan dilanjutkan lagi dengan mengadakan program Belajar membaca Al Quran ini khas untuk golongan lelaki serta bapa bapa pula.

Program ini telah diresmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Pn Rodziah Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau amat amat menggalakkan penganjuran program program seperti ini kerana masyarakat yang faham Al Quran akan dapat menempuh kehidupan dengan lebih baik lagi. "Saya berharap semua ahli ahli masyarakat dari ibu ibu serta ibu ibu tunggal mengambil kesempatan menghadiri program ini kerana ianya sangat bermanafaat  untuk anda semua" katanya lagi.

Ahli parlimen Shah Alam Tn Hj Khalid Samad pula menegaskan bahawa masyarakat perlu mendapat kefahaman mengenai fungsi Al Quran. Kata beliau, "masyarakat perlu hidup dengan berlandaskan seperti yang ditegaskan di dalam al quran serta hadis kerana dengan cara ini sahaja mesyarakat dapat hidup dengan cara yang bijak samada di dunia terutamanya di akhirat". Beliau yang baru pulang dari lawatan kerja di Arab Saudi itu berharap program ini akan turut disertai oleh seluruh lapisan masyarakat agar mereka menjadi masyarakat yang bijak menilai yang baik serta buruk sesuatu perkara itu.

Dalam Program sulung ini, seramai kira kira 70 peserta dari kalangan ibu ibu serta ibu ibu tunggal telah menghadirinya. Program ini akan berterusan untuk selama 2 tahun dan akan diadakan setiap minggu bermula setiap hari Sabtu jam 03.00 petang dan bertempat di Surau Nurul Iman, jalan Mat Raji Padang jawa.

Kepada yang berminat bolehlan menyertainya dengan menghubungi saudara Mahfuz Othman, H/P 019-6068837 atau datang sahaja terus ke Surau Nurul Iman setiap Sabtu.

Jumaat, 12 Februari 2010

ZIARAH MINGGUAN


Rabu - 10hb Februari 2010 - Biro Kebajikan JKKK meneruskan program ziarah mingguan mereka dan kali ini seramai dua orang lagi warga emas yang uzur  telah sempat diziarahi.
Warga pertama ialah Tuan haji Ramli yang tinggal di Lorong Jasa.
Sementara warga kedua ialah Pn Siti Fatimah yang tinggal di Lorong Haji Bajuri.
Dalam kedua dua kesempatan ini JKKK telah sempat menyerahkan sedikit sumbangan berupa barangan kegunaan seharian untuk kemudahan warga tersebut.
JKKK diwakili oleh Pengerusi sendiri Tn Hj Abdul Aziz, Ketua Biro Kebajikan Sdr Anuar Nasir, sementara wakil PAS oleh Tn Hj Hisham Parman.
Akhirnya JKKK telah sempat menziarahi Sdr Nathan di Taman Baru. Beliau baru sahaja kehilangan ahli keluarga iaitu ibu beliau yang telah meninggal dunia.
JKKK telah mengucapkan Takziah atas pemergian ibu beliau.

Isnin, 8 Februari 2010

MARI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN

Ahad - 7hb Februari 2010 - Biro kebajikan dan Hal Ehwal Wanita sekali lagi mengorak langkah awal dengan mengadakan satu lagi program untuk masyarakat sekitar Padang Jawa.
Program yang dinamakan "MARI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN" ini di sasarkan terutama kepada para ibu-ibu tunggal serta para ibu-ibu yang terdapat disekitar Padang Jawa.
Antara pengisian utama program ini ialah:
1. Memberi pertarbiahan kepada golongan ini tentang sejarah Islam dan Al Quran
2. Menerangkan tentang isi kandungan Al Quran.
3. Cara cara membaca Al Quran dengan betul.

Menurut ketua Biro Kebajikan , Sdr Anuar @ Mohd Nasir, antara matlamat utama program dan kuliah ini diadakan ialah untuk mendidik serta menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat yang terdapat di Padang Jawa ini. "Kami berharap dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang betapa  pentingnya kefahaman serta pengetahuan dalam membac a al Quran. Ini Secara tidak langsung akan dapat mendidik masyarakat kearah kehidupan yang lebih baik dalam seharian mereka sejajar dengan apa yang diperintahkan oleh Allah swt melalui Rasulullah SAW", katanya.

Sementar Ketua Biro Pendidikan, Sdr Mahfuz Othman pula berpandangan bahawa masyarakat perlu sentiasa terus dididik agar mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka selaras dengan cara cara yang disarankan oleh Agama. "Kebayakan merekapun telah mengetahui mengenai cara cara membaca Al Quran dengan baik dan kami selaku JKKK hanya berusaha untuk membantu mereka dengan mengadakan program sebegini. katanya.

Seorang peserta, Pn. Zubaidah Mahat berkata program ini adalah amat baik dalam membantu masyarakat terutamanya yang tidak berkemapuan. "Saya pun seronok dapat mengikuti program ini kerana ianya dijalankan secara percuma , yidak ada yuran yang dikenakan dan ini dapat membantu saya agar dapat membaca Al Quran dengan baik" katanya.

Program tersebut telah dibuka dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan. Program ini akan berterusan dan akan diadakan setiap minggu bermula setiap hari Sabtu jam 03.00 petang dan bertempat di Surau Nurul Iman, jalan Mat Raji Padang jawa.
Kepada yang berminat bolehlan menyertainya dengan menghubungi saudara Mahfuz Othman, H/P 016-6068837 atau datang sahaja terus ke Surau Nurul Iman setiap Sabtu.

Khamis, 4 Februari 2010

PROGRAM ZIARAH KE 2 TAHUN 2010

Rabu - 3hb Februari 2010 Biro Kebajikan JKKK Padang Jawa Petaling telah membuat program ziarah serta lawatan ke dua orang lagi warga emas disekitar Padang Jawa Petaling.
Dua orang warga emas yang telah terpilih dalam program ziarah kami pada kali ini ialah Puan Habibah Yusof dan En. Mohd Zain. Kedua dua rumah mereka terletak di Lorong Jasa berdekatan dengan Kedai John Chu.
Dalam ziarah pertama kami ke rumah Pn habibah, beliau telah melahirkan rasa terima kasih beliau kepada JKKK kerana kesudian menziarahi beliau yang sedang sakit.
Menurut beliau yang mengalami masalah berkaitan jantung dan kencing manis, rawatan ke Hospital menjadi antara yang diutarakan kerana tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar ke Hospital. JKKK akan cuba mengusahakan agar memberi kemudahan kepada beliau agar dapat ke hospital seperti sepatutnya untuk rawatan susulan.
Ziarah kami ke rumah En Mohd Zain pula yang mengalami masalah lumpuh. Beliau telah mengalami keuzuran ini sejak lebih 5 tahun yang lalu.
Dalam ucapan ringkas oleh Tn Hj Abdul Aziz selaku pengerusi JKKK, beliau menjelaskan mengenai program Masjid As Solihin yang akan diadakan demi memberi kemudahan kepada warga yang uzur untuk menunaikan solat di Masjid.
Van Van masjid akan datang kerumah untuk mengangkut warga yang uzur demi menunaikan ibadah solat Jumaat.
Wakil MPP Zon 6 pula menasihatkan kepada En Mohd Zain agar sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dari Allah swt serta berpesan agar sentiasa bersolat sekadar termampu.
En Mohd Zain melahirkan ucapan terima kasih atas kesudian pijak JKKK menziarahi beliau.
Dalam kedua dua kunjungan tersebut juga pihak JKKK tidak lupa untuk membawa buah tangan sebagai bantuan kecil demi kesejahtraan warga warga tersebut.
Turut hadir ialah Ketua PAS, Tn Hj Hisham Parman, Ketua PEMUDA. Sdr Mahzanizam dan Biro IT Sdr Zahid.

GOTONG ROYONG MENGECAT BENDUL JALAN

Khamis -  28hb Jan 2010. Ahli Jawatankuasa JKKK Padang Jawa Petaling telah mengambil inisiatif sendiri dengan membuat kerja kerja gotong royong di kalangan AJK sendiri untuk mengecat bendul bendul yang terdapat di sekitar Jalan Mat Raji, Padang Jawa.
"Berikutan tindakan pihak kontraktor membaiki Jalan Mat Raji yang tidak bertanggungjawab,
kami mengambil inisiatif sendiri untuk mengecat bendul bendul ini demi keselamatan serta keselesaan penduduk penduduk" kata Sdr. Abu Shah Hashim.
Beliau yang merupakan Ketua Biro Hal Ehwal Belia dan Sukan menyatakan demikian sewaktu ditemui mengecat bendul bendul tersebut kira kira jam 2.00 pagi.
Sekitar awal 2009, kerja kerja membaiki jalan Mat Raji yang rosak teruk telah bermula. namun pada akhirnya kontraktor jalan tersebut telah bersikap lepas tangan apabila membiarkan sahaja bendul bendul tersebut tanpa bercat mengakibatkan bahaya kepada para pengguna jalan tersebut.
Sebelum ini juga, terdapat kejadian dimana seorang penunggang motosikal yang telah mengalami kemalangan serta mengalami kecederaan akibat melanggar bendul tersebut tanpa mengetahui terdapatnya bendul dilaluan tersebut.
"Jesteru mengambil iktibar dari kemalangan yang pernah berlaku, serta demi keselamatan para penduduk kampung, kami mengambil iktibar untuk mengecat sendiri bendul bendul ini", kata Sdr Abu Shah lagi.
JKKK Padang Jawa Petaling pernah melahirkan kekecewaan atas sikap Kontraktor yang tidak bertanggungjawab ke pengetahuan Pejabat Daerah namun tidak mendapat hasilnya.
Daripada menunggu lebih lama, adalah dirasakan lebih baik untuk pihak JKKK mengambil inisiatif sendiri demi penduduk Kampung ini.