PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Khamis, 29 April 2010

KITAR SEMULA MINYAK MASAK...

Kutipan Sisa Minyak Masak Terpakai MPP Zon 6

1 Mac baru baru ini, MPP Zon 6 dengan kerjasama JKKK Kg Padang Jawa telah mengadakan kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai yang disasarkan kepada pengusaha kedai makan serta penduduk tempatan. Modus operandi kempen ini dijalankan adalah dengan mengumpulkan minyak masak terpakai dalam tong yang telah disediakan untuk mengelakkan mereka daripada membuang sisa sungai ke sinki yang akhirnya boleh mengalir ke dalam sungai Klang.

Kempen ini selari dengan hasrat river ranger yang di adakan iaitu untuk memupuk kesedaran penduduk tempatan terhadap kesedaran mereka untuk menjaga kebersihan sungai. Menurut fakta sains, minyak tidak dapat larut ke dalam air kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza. Maka, hal ini bisa mendatangkan masalah terhadap kualiti air sungai jika pembuangan minyak ke dalam sungai dibiarkan secara bebas. Justeru, atas kesedaran inilah pihak penganjur berhasrat untuk mendidik disamping menyediakan alternatif dalam tindakan kita bersama untuk memelihara kebersihan sungai ini seterusnya dapat menjayakan agenda perlaksanaan river ranger.

Pada jam lima petang, Ahli Majlis, Setiausaha Kehormat serta setiausaha kerja MPP Zon 6 telah bersedia menuggu AJK JKKK Kg Padang Jawa untuk memulakan operasi pengagihan tong kosong yang boleh mengisi sekitar 20 liter, 15 tong berjaya di edarkan. Antara sasaran untuk di edarkan tong tersebut adalah kedai kedai makan, gerai goreng pisang serta rumah penduduk kampung yang mengadakan kenduri kahwin. Semua tong ini di edarkan percuma dan servis penghantaran dan pengambilan tong juga percuma. Sehingga hari ini, minyak terpakai yang telah berjaya dikumpulkan dalam sebuah tong yang besar adalah sebanyak 200 liter. Walaupun aktiviti pengedaran tong serta kutipan semula ini di lihat suatu yang simple namun implikasinya sangat besar kerana kuantiti minyak sebanyak 200 liter (sehingga hari ini) berjaya kita selamatkan daripada terus mencemari sungai kita. Usaha ini akan dijalankan secara berterusan memandangkan kepentingannya serta sokongan padu JKKK Kg Padang Jawa serta kerjasama yang amat baik telah diberikan oleh pengusaha kedai makan, gerai goreng pisang serta penduduk tempatan.
 
Semoga kempen ini berjaya membentuk kesedaran dalam diri kita untuk lebih berhati hati dan tidak bersikap sambil lewa yang boleh memudharatkan alam sekitar.
*Petikan dari blog Shah Alam River ranger.

Selasa, 27 April 2010

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL....

SILA KLIK GALERI AKTIVITI UNTUK MELIHAT GAMBAR ANUGERAH....Jumaat - 23/04/2010 Dalam program Tazkirah bulanan yang diadakan pada 23/04/2010 yang lalu, pihak JKKK telah sempat juga mengadakan majlis ringkas penganugerahan sijil perlantikan khas buat AJk AJK biro Kebajikan serta Biro Keselamatan.
Dalam Majlis itu, seramai kira kira 20 orang dari kedua dua Biro telah menerima sijil perlantikan secara resminya.
Turut menerima anugerah khas adalah Sdr Hamid Selamat serta Sdr Masjudin Kedai Runcit di atas sumbangan serta sokongan kuat yang diberikan selama ini. Mereka telah banyak menyumbangkan tenaga serta wang ringgit .

Sabtu, 24 April 2010

PERANAN IBUBAPA SERTA MASYARAKAT MENGHADAPI SERANGAN GEJALA SOCIAL..........

Jumaat : 23/04/2010 Seluruh ahli masyarakat Padang Jawa di seru untuk turut sama sama berperanan membantu Pihak pihak berwajib dalam usaha untuk menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat. Pihak JKKK sendiri telah turut tersentuh serta sentiasa berusaha mengambil peranan dalam menangani gejala sosial ini.
Menurut Penceramah Ust. Suhaini b Ahmad Wakid gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat samada di Padang Jawa mahupun di seluruh negara amnya, telah mencapai tahap yang amat amat membimbangkan sama sekali. Beliau yang memberikan tazkirah yang panjang lebar mengenai perkara ini menjelaskan bahawa antara gejala sosial yang berlaku ini bukan sahaja di kalangan remaja belia, bahkan dari kalangan segenap umur. Antara icontoh yang beliau berikan adalah
1. Syirik kepada Allah - amalan amalan seperti menyihir orang lain, menemui bomoh atau pawang untuk keuntungan berjudi masih terus berlaku.
2. Membunuh tanpa hak - amalan ini semakin menjadi jadi sejak akhir akhir ini terutamanya gejala buang bayi. Malah bayi bayi ada dibuang di tong tong sampah, diletakkan di masjid / surau / menggugurkan kandungan.
3. Melakukan Zina - gejala ini sangat sangat relevan dan sentiasa berlaku terutama kalangan remaja serta belia. Ibu bapa memainkan peranan besar menegur anak anak yang bebas bergaul serta pastikan kemana hala tuju mereka kerana mereka amat mudah dipengaruhi dalam usia usia muda sebegini. Gejala ini amat dikhuatiri akan membawa kepada gejala buang bayi.
4. Murtad - Semua masyarakat sudah sedia maklum gejala ini amat membimbangkan. Kisah Nur Aishah Bukhari yang pernah menggegarkan Umat Islam Malaysia satu ketika dahulu masih lagi menghantui serta menyedihkan kita semua. Menurut Ust Suhaini terdapat begitu banyak kes kes mahu menukar agama masih lagi berada di mahkamah. Beliau juga menceritakan bagaimana kisah seorang wanita yang mati kemalangan serta ditemui dengan mempunyai rantai salib di lehernya.
Beliau turut meminta masyarakat supaya sentiasa mengambil berat dalam beberapa perkara perkara lain antaranya ialah gejala dadah, minum arak, memakan riba dan akibatnya serta beberapa perkara yang membawa dosa besar seperti lari ketika perang dan menuduh zina perempuan baik.
Sementara itu dalam tazkirah ringkas oleh YB Ustaz Ahmad Zaki Arsad, beliau menyeru masyarakat Padang Jawa amnya supaya melakukan perkara perkara yang baik agar senantiasa mendapat keredhaan Allah swt dalam hidup.  Ini kerana Redha Allah akan dapat menjamin kehidupan yang bahagia di dunia mahupun akhirat.  "Hidupkan mengikut acuan acuan yang ditetapkan Allah swt, Jauhilah dari amalan amalan buruk, hiasilah diri dengan akhlak yang baik serta jagalah perkataan, amalan serta perbuatan anda semua." katanya.
Dalam kesempatan ini juga, Ustaz Ahmad Zaki menyeru pihak JKKK serta ahli ahli agar meneruskan usaha murni mencari keberkatan Allah ini. Beliau yang akan mula berkursus selama 3 bulan di Mesir membuat pesanan agar JKKK serta pihak pihak berwajib sentiasa intiqamah dalam urusan kampung ini. Beliau mengakui sentiasa berusaha yang terbaik kepada masyarakat kampung yang semakin mesra kepada beliau semenjak beliau menjadi Nazir Masjid As Solihin padang Jawa. Insya Allah beliau di jangka pulang dari mesir sebelum menjelang Bulan Ramadhan. Beliau juga menceritakan sebelum ini beliau biasa berkursus di banyak tempat termasuk di London, Bangkok, Philiphine dan terbaru di Mesir ini.
Manakala Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Hj Barhan pula berharap masyarakat dapat menerima program seperti ini kerana ini salah satu cara pihak JKKK untuk mendekati masyarakat dalam usaha menagngani gejala sosial ini. Beliau juga berharap agar program ini dapat dilakukan antara lorong ke lorong di Padang jawa. Beliau berharap lorong lorong yang berminat bolehlah menghubungi beliau untuk kesenambungan program.
Masyarakat turut disajikan dengan Ikan bakar serta sayur dan kuih muih sebagai jamuan dan makan malam.
Program berakhir sekitar jam 12.00 malam.

Khamis, 22 April 2010

SEMINAR UNTUK PELAJAR UPSR SERTA PMR

Ahad 18/04/10 - Satu seminar khas untuk pelajar pelajar yang akan menduduki UPSR serta PMR telah diadakan di Dewan MPP Zon 6 seksyen 17 pada 18/04/10 yang lalu.
Seminar ini adalah anjuran bersama JKKK padang Jawa petaling serta para pelajar Matematik Uitm (MESA) Shah Alam. Pelajar pelajar yang terpilih menyertai seminar ini adalah dari yang tinggal di Kampung Padang Jawa petaling.
Dalam Seminar ini, para pelajar pelajar telah didedahkan dengan cara cara menjawab matematik dengan menggun akan kaedah yang dicipta oleh Professor Uitm.
Professor juga telah menunjukkan kepada pelajar pelajar bahawa kaedah ini amat mudah untuk dikuasai.
Selain itu, para pelajar didedahkan juga kepada kaedah belajar secara berkumpulan serta team work. Kaedah ini akan dapat membantu pelajar menjawab dengan baik serta saling bantu membantu antara satu sama lain.
Menurut professor, Beliau sengaja memilih Kampung Padang jawa Petaling kerana merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak Universiti untuk membantu pelajar pelajar di kawasan kampung agar turut serta dapat memajukan tahap penguasaaan sesatu mata pelajaran itu. Beliau juga akan cuba berusaha untuk terus membantu Penduduk kampung dengan mengadakan kelas kelas tuisyen di dalam kawasan kampung itu sendiri.
Sambutan menggalakkan yang diberikan oleh para pelajar di Kampung Padang Jawa ini telah membangkitkan satus semangat kepada Pihak Uitm untuk meneruskan kesenambungan Seminar seperti ini agar dapat diteruskan dimasa mas akan datang.

Khamis, 8 April 2010

PDRM SEDIA MEMBANTU.....

Rabu - 8hb April 2010 -Pertemuan Mesra di antara JKKK Padang Jawa Petaling besama dengan Polis DiRaja Malaysia PDRM diharap dapat menjadi titik tolak dalam usaha mengurangkan masalah jenayah yang sering berlaku di Padang Jawa.
Menurut CIF Inspector Khairool Nizam langkah pertama dalam mencegah jenayah adalah dengan memulakan pada diri sendiri dahulu.
Misalnya jenayah ragut boleh dicegah jika tidak memakai handbag kerana inilah sasaran utama peragut apabila melihat kelekaan mangsa terutamanya wanita.
Beliau juga menasihatkan masyarakat supaya menjaga harta benda dengan selengkapnya seperti motorsikal hendaklah ada kunci tambahan, rumah pula mestilah mempunyai pintu atau grill yang kukuh kerana dengan cara ini akan mengelakkan keinginan penjenayah untuk melakukan jenayah keatas harta tersebut.
Dalam sesi pertemuan ini, juga dibuka sesi soal jawab diantara PDRM serta pihak JKKK serta masyarakat yang hadir. Banyak perkara serta permasalahan telah dapat dileraikan serta akan cuba dipratikkan oleh pihak Biro Keselamatan JKKK demi menjaga keselamatan kampung.
Antara permasalahan yang turut dibincangkan ialah gejala sosial dikalangan remaja, budaya lepak di siberkafe. masalah kecurian serta pecah rumah, masalah penagihan dadah serta hidu gam, remaja ponteng serta masalah remaja mengandung diluar nikah.
Tn Pengerusi JKKK Hj Abdul Aziz Barhan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian PDRM mengadakan pertemuan bersama JKKK dan berharap pertemuan ini dapat diadakan lebih kerap lagi demi mengurangkan kadar jenayah bersama.

Ahad, 4 April 2010

PROGRAM PENUTUPAN PERNIAGAAN BERMULA....

Hari ini 1hb April 2010, maka bermulalah satu era baru untuk seluruh masyarakat di Padang Jawa. Hari ini mulai jam 07.26 petang maka seluruh premis premis perniagaan serta gerai gerai diarah menutup sementara perniagaan masing masing untuk selama 20 minit bagi menghormati waktu Maghrib. dan seterusnya ianya akan terus dipraktikkan setiap hari di waktu maghrib sehinggalah hari kiamat...insya Allah.
Sewaktu blogger menemui Pengerusi JKKK Padang Jawa Petaling Tn Hj Abdul Aziz Hj barhan manyatakan bahawa betapa bersyukurnya beliau di atas kerjasama baik yang diberikan oleh para peniaga peniaga menutup premis masing masing pada waktu maghrib tersebut.
"Secara jujurnya bukan mudah untuk mereka berkorban menutup premis mereka kerana ianya melibatkan pendapatan mereka namun melalui tarbiah yang kami usahakan bersama sama Masjid As Solihin, ianya berjaya menerapkan kefahaman serta kesedaran dikalangan mereka" katanya.
Menurut beliau masih juga terdapat 2-3 buah premis / gerai yang enggan menutup premis mereka namun pihak JKKK akan sentiasa memantau premis premis ini dari masa ke semasa.
Harapan saya agar mereka memberi kerjsama yang baik atas usaha kami ini dan mereka mestilah ingat bahawa apa yang kami lakukan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari keampunan serta redha Allah dalam kita mencari perniagaan..katanya lagi.
Menurut Ketua Keselamatan, Sdr baharuddin Hj Daud, oleh kerana perkara ini adalah sesuatu yang baru, maka ini menimbulkan kejutan budaya di kalangan para peniaga maka hasilnya adalah yang tidak memahami lalu engkar atas arahan yang diberikan.
Sebenarnya inilah cara kami mendidik mereka serta memberi masa secukupnya kepada peniaga serta pekerja pekerjanya menunai solat Maghrib dalam keadaan tenang serta khusyuk agar tidak sentiasa memikirkan soal perniagaan sahaja.
"Saya yakin Allah akan memberi rezeki kepada hamba hambanya yang patuh kepada perintahnya dari sesuatu yang tidak disangka sangka.