PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Ahad, 19 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



KAMI AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PADANG JAWA PETALING MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH WARGA DI KAMPUNG PADANG JAWA. MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DALAM PERKHIDMATAN KAMI SELAMA INI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SELURUH MASYARAKAT KEPADA KAMI DALAM MENTADBIR KAMPUNG INI MENJADI YANG TERBAIK SEGALA SEGI, INSYA ALLAH.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA

Jumaat, 17 September 2010

PERESMIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI

5 hb Ogos. 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput ke majlis peresmian Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7, pada 5hb Ogos yang lalu.

Majlis peresmian telah dilaksanakan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut hadir ialah MB Selangor Tan Sri Khalid beserta exco exco nya.

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 itu dibuka pada 3 Ogos tahun lepas dan mempunyai 13 guru dan 159 pelajar.

Khamis, 16 September 2010

KAMPUNG BERKEBAJIKAN : SUMBANGAN AIDIL FITRI

Ahad 5hb September 2010 (25 Ramadhan 1431h) - Program Kebajikan diteruskan lagi dan kali ini JKKK Padang Jawa Petaling telah berusaha dengan menjayakan satu program Sumbangan kepada Golongan Warga Emas serta golongan kurang bernasib baik sempena persiapan menjelang Aidil Fitri.

Golongan yang menerima bantuan termasuklah dari Warga Emas, Ibu Ibu Tunggal, Golongan miskin, serta Warga Kurang Upaya. Seramai kira kira 120 orang penerima telah dijemput untuk mengahdiri program yang telah diadakan bertempat di Lot 634D, Jalan Mat Raji berdekatan Bilik gerakan JKKK.

Menurut Pengerusi JKKK Hj Abdul Aziz Barhan, sumbangan ini adalah bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan ini menjelang aidil fitri agar dapat disambut dengan gembira. Beliau juga merngucapkan ribuan terima kasih kepada semua para penderma atas kesudian menghulurkan sumbangan untuk disalurkan kepada pihak  penerima.

Ahli Parlimen Shah Alam Tn Hj Khalid Samad dalam ucapan alu aluan beliau mengingatkan kepada semua penerima agar sentiasa melakukan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan baik. 'Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah swt maka berpuasalah, bersolat , bertadarus dan lain lain terutama dalah bulan Ramadhan yang mulia ini. Beliau juga menceritakan kesudian Menteri Besar Selangor untuk menolak sumbangan dari PKNS demi kepentingan rakyat. Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak JKKK kerana telah berjaya menganjurkan program yang baik seperti ini.

Dalam Tazkirah Ramdhan yang diberikan oleh Ustaz Hassan Basri dari  Tentera, beliau berpesan agar semua masyarakat sentiasa ingatkan Allah banyak banyak. Janganlah sesekali meninggalkan Al Quran dan sunnah nabi kerana itulah cara hidup yang patut diamalkan oleh kita semua...katanya. Beliau juga berpesan agar peliharalah Allah , insya Allah Allah aan pelihara kita.

Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Padang Jawa Petaling , Hj Hisham Parman.

Sumbangan barangan keperluan itu telah dilaksanakan oleh YB Ahli Parlimen sendiri.
Program berakhir jam 1.00 tengahari.

Selasa, 14 September 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN SURAU NURUL IMAN

Sabtu 4hb September 2010 -Surau Nurul Iman dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan satu majlis Khatam Al Quran serta penyampaian sumbangan cenderahati kepada pegawai pegawai Surau Nurul Iman pad 4hb September 2010 yang lalu.

Majlis yang dianjurkan di bawah Biro Dakwah, Surau Nurul Iman itu bermula pada waktu Isyak dengan Solat berjemaah bersama serta berterawih bersama sama. Seterusnya ucapan ringkas Pengerusi Surau diikuti dengan majlis khatam Al Quran dan berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua.
Penerima penerima cenderahti adalah dari peserta peserta Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan ini, serta AJK dan pegawai pegawai surau serta tidak dilupakan imam imam sepanjang terawih ramadhan ini termasuklah imam jemputan.

Jamuan makan noreh turut disediakan sejurus berakhirnya majlis ini.
Menurut Pengerusi Surau Nurl Iman, Tn Hj Hisham Parman, beliau berharap akan tampil lebih ramai lagi peserta Tadarus Al Quran di masa akan datang serta semuga semakin ramailah lagi kehadiran jemaah jemaah sekitar di masa akan datang. "Kami akan terus berusaha mengimarahkan Surau ini melalui usaha usaha dakwah samada melalui kuliah kuliah, tazkirah, program remaja dan sebagainya yang akan kami atur dari masa ke semasa..katanya.

Beliau juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta memohon maaf atas kekurangan sepanjang perkhidmatan sejak mentadbir Surau tersebut.

Isnin, 13 September 2010

PROGRAM SUMBANGAN ANAK ANAK YATIM

Sabtu 28/08/2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput ke program Sumbangan untuk anak anak yatim Padang Jawa Petaling anjuran PAS Padang Jawa Petaling pada 28/08/2010 yang lalu.

Seramai 37 orang anak anak yatim telah menghadiri majlis tersebut bersama ibu ibu tunggal. Program yang bermula sekitar jam 06.00 petang bermula dengan ucapan alu aluan dari Ketua Cawangan PAS, Tn Hj Hisham Parman. Sementara itu, Pengerusi JKKK turut dijemput memberikan ucapan beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih diatas usaha PAS Cawangan mengadakan majlis ini kerana ini dapat membantu golongan anak anak yatim ini menyambut Aidil Fitri dengan gembira. Beliau juga menasihatkan adik adik anak anak yatim ini agar menggunakan sumbangan yang diterima untuk tujuan yang bermanafaat.

Sementara itu, Tn Nazir Masjid As Solihin, Ustaz Hj Ahmad Zaki Arshad pula dalam tazkirah ringkas turut menasihatkan anak anak ini agar menafaatkan diri untuk tujuan kebaikan. "Janganlah gunakan sumbangan yang diberi untuk berpesta seperti ke Siber Siber kafe sekitar kerana tiada faedahnya..melainkan hanya bersuka suka serta merosakkan minda...katanya. Beliau juga berharap anak anak yatim akan terus mendoakan kepada bapa bapa mereka yang telah tiada agar ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..insya Allah..

Turut hadir ialah Tuan Halim b Mohamed Redzuan selaku Penegrusi Majlis Perwakilan Penduduk MPP Zon 6.

Majlis seterusnya dengan berbuka puasa serta bersolah Maghrib serta upacara penyampaian sumbangan berupa Wang serta barngan keperluan. Turut menerima sumbangan ialah dua orang saudara baru di Padang Jawa ini. Majlis diteruskan dengan bersolat Isyak serta Solat  Terawih sebelum ditamatkan sekitar jam 10.oo malam.

TUISYEN RAKYAT DITERUSKAN

Tuisyen rakyat diteruskan sepanjang bulan Ramadhan ini. Tuisyen rakyat khas untuk pelajar pelajar sekitar Padang Jawa untuk UPSR serta PMR.

Buat masa ini, terdapat sekitar 80 orang pelajar yang mengikuti tuisyen ini yang bertempat di Bilik Pelajar, Pasti Az Zahrah, Padang Jawa Petaling. Tenga tenaga pelajar adalah didatangkan khas dari Uitm Shah Alam yang terdiri dari pelejar pelajar Uitm Shah Alam yang akan mengajar khas subjek tertentu terutamanya Matematik dan Sains serta Bahasa Inggeris.

Tuisyen ini diadakan setiap hari Ahad dan akan berterusan sehingga saat saat akhir peperiksaan bermula iaitu sekitar Bulan Oktober 2010. Menurut Ketua Biro Pendidikan, Sdr Rajali Hj Ahmad, program tuisyen rakyat ini di harap dapat membantu anak anak agar mencapai kecermelangan dalam peperiksaan yang akan dihadapi nanti dan seterusnya dalam kehidupan yang mendatang kelak. "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Pendidikan, UITM Shah Alam yang telah sedia bekerjasama dengan kami untuk menjayakan program tuisyen ini  dengan menghantar anak didik mereka untuk membantu pelajar di Padang Jawa ini...".

Pihak JKKK telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Fakulti Pendidikan Uitm Shah Alam dallam menjayakan program ini sehingga akhirnya. Setiap minggu, Pihak Uitm akan menghantar 7 orang tutor mereka untuk membari bantuan kepada pelajar pelajar.

JEMPUTAN MASJLIS BERBUKA PUASA

Seluruh AJK JKKK Padang Jawa Petaling telah dijemput ke majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh Ustaz Saiful. Ustaz Saiful merupakan tenaga pengajar utama program membaca Al Quran setiap Sabtu di Surau Nurul Iman.

Majlis yang diadakan bertempat di Restoren Nasi Arab Seksyen 7, Shah Alam bermula sekitar jam 6.30 petang dengan ucapan alu aluan dan terima Kasih dari Ustaz Saiful sendiri.

Turut hadir adalah wanita wanita Padang Jawa yang merupakan anak anak murid kepada Usaz Saiful sendiri manakala bagi pihak AJK pula adalah Penegrusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz, Sdr Shanrom, Sdr Zahid, Sdr Mahfuz, serta beberapa sahabat yang lain.

Program bermul dengan doa berbuka puasa dan menjamah sedikit makanan lalu bersolat maghrib dan selepas maghrib barulah majls berbuka puasa diadakan. Diikuti dengan bersolat Isyak serta berterawih sebelum bersurai sekitar jam 10 malam.

JAMUAN WANITA



Biro Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita telah mengadakan satu jamuan ringkas pada 1 Ogos yang lalu.

Bertempat di Surau Nurul Iman, Jalan Mat Raji, majlis itu telah diadakan sempena sambutan menjelang Ramadhan Al Mubarak yang mulia. Ianya juga bagi meraikan seluruh jemaah jemaah wanita sekitar Padang Jawa Petaling yang tidak mengenal erti jemu atau patah semangat untuk terus mengikuti kelas pengajian Al Quran yang dianjurkan oleh JKKK sendiri.

Menurut AJK Biro Hal Whwal Wanita, Puan Hajah Rahelah, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan semua jemaah wanita yang terus mengikuti Kelas Pengajian ini selain sambutan menjelang Ramadhan. "Ianya juga akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama kita di Qariah Padang Jawa ini selain mendalami ilmu Al Quran sebagaimana yang dikehendaki'..katanya.

Turut hadir ialah Ketua Biro Kebajikan, Sdr Mahfuz Othman, Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan, S/U Shanrom Sazali serta tetamu utama iaitu Ustaz Saiful yang juga tenaga pengajar pengajian Al Quran.

Khamis, 9 September 2010

BUBUR LAMBUK SEPANJANG RAMADHAN

4 Ramadhan 1431 - JKKK Padang Jawa Petaling sekali lagi mengorak langkah awal dengan mengadakan program memasak serta mengedarkan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.

Program ini akan berterusan sepanjang Ramadhan ini dan akan dibuat secara berperingkat peringkat mulai 4 Ramadhan 1431 dan akan berterusan setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Dijangka memasak bubur lambuk ini akan dapat dilakukan sekurang kurangnya sebanyak 7 - 8 kali.

Memasak akan dilakukan secara berjemaah dan bermula sekitar jam 09 00 pagi dan dijangka berakhir jam 1 tengahri. Selepas itu akan diedarkan kepada masyarakat sekitar Padang Jawa serta sebahagiannya diserahkan kepada Surau mahupun  Masjid As Solihin Padang Jawa.

Semua AJK telah sepakat untuk saling bantu membantu satu sama lain serta semuga program ini berjaya serta sebagi satu usaha menderma ataupun bersedekah kepada masyarakat dalam bulan yang mulia ini..Insya Allah.