PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Selasa, 30 November 2010

KEBAKARAN DI PADANG JAWA

10HB November 2010 - Satu Musibah telah berlaku di Padang Jawa apabila satu kebakaran telah berlaku bertempat di Lorong Jasa, Jalan Mat Raji, pada 10hb November, ya ng lalu.

Kebakaran itu telah meranapkan sama sekali rumah yang dimiliki oleh Puan Habibah berserta rumah anak beliau yang terletak secara berkembar Di Lorong tersebut.

Menurut Jiran terdekat, En Rosman, kebakaran itu berlaku sekitar Jam 09.40 pagi dan api telah marak dengan begitu cepat menyebabkan rumah kediaman tersebut telah hangus mengambil masa kira kira 20 minit sahaja.

Menurut Pegawai Penyiasat Bomba Seksyen 15, Shah Alam, pihak bomba telah menerima panggilan sekitar jam 09.45 pagi dan telah bergegas ke tempat kejadian. Setibanya sekitar jam 10.05 pagi pihak Bomba terus berusaha memadamkan kebakaran serta mengawal api dari merebak ke rumah rumah sekitar. Pihak Bomba juga telah dapat mengawal kebakaran dari merebak sekitar 1 jam kemudian.

Menurut seorang penduduk sekitar, En. Din, beliau telah turut serta membantu mangsa kebakaran serta mengeluarkan barang barang beharga dari turut musnah. "Saya telah sempat mengambil kayu panjang dan telah menyentap kabel letrik yang turut menyambungkan ke rumah bersebelahan. Alhamdullilah, rumah jiran telah dapat diselamatkan mungkin dari tindakan saya itu...menceritakan keadaan sewaktu kejadian.

Menurut  pengerusi JKKK, padang Jawa Hj Abdul Aziz barhan, mangsa akan dipindahkan sementara ke Dewan Masjid As Solihin sementara menunggu bantuan dari pihak pihak berwajib. Pihak pihak dari Jabatan kebajikan Masyarakat serta Lembaga Zakat Selangor telah turut segera hadir membantu mangsa serta menghulurkan bantuan segera sebelum menyusul bantuan bantuan lain di masa seterusnya.

"Saya sendiri akan mengusahakan untuk membantu mangsa mendapatkan rumah sementara sebelum rumah yang terbakar tersebut dapat di baiki ataupun di bina yang baru. " Kami selaku JKKK akan terus berusaha serta memantau keadaan mangsa agar mangsa serta keluarganya tidak tersisih serta dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. Saya juga bagi pihak JKKK melahirkan simpati ke atas apa yang berlaku serta semuga Allah memberi kekuatan kepada semua yang terlibat.' kata Tn Hj Abdul Aziz lagi.

Rumah rumah jiran juga turut mengalami kerosakan juga akan mendapat bantuan sepatutnya agar mereka pun turut menjadi berasa tenang.

Kejadian tersebut turut mendapat liputan meluas akhbar akhbar harian seperti Sinar dan Kosmo.

JEMPUTAN AIDILFITRI BERSAMA SAMA NAIB CANSELOR DAN PELAJAR UITM SHAH ALAM

06 Oktober 2010 - JKKK Padang Jawa petaling telah turut dijemput selaku tetamu khas di dalam program Sambutan Idilfitri Bersama sama para pelajar pelajar Uitm Shah Alam pada 6hb Oktober yang lalu.

Program anjuran alumni Uitm itu telah turut dihadiri oleh ribuan para pelajar plajar yang tinggal di sekitar kawasan Shah Alam.

naib Canselor Uitm, Professor IR Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah berkenan untuk meresmikan majlis gemilang ini .

AKS KENALI KETUA KAMPUNG PART 1

AKS KENALI KETUA KAMPUNG PART 2

AKS KENALI KETUA KAMPUNG PART 3

Isnin, 29 November 2010

#! KENALI KETUA KAMPUNG PADANG JAWA PETALING

#! Assalamualaikum. Kepada Seluruh Masyarakat Padang Jawa Petaling yang berminat mengenali Ketua Kampung Tn Hj Abdul Aziz, Sila lawati You Tube TV Selangor. Bual Bicara mengenai Kampung Kita Padang Jawa Petaling.

http://www.youtube.com/watch?v=Gcq-zeb9Fyc&feature=player_embedded#!

Sabtu, 20 November 2010

AIDIL FITRI BERSAMA SAMA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK...

Sabtu 09/10/2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan majlis aidil fitri bersama sama golongan kurang bernasib baik sekitar Padang Jawa Petaling. Antara jemputan yang hadir seramai lebih 150 orang termasuklah Golongan warga emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Ibu tunggal, Anak anak yatim, termasuklah golongan warga miskin.

Menurut Pengerusi JKKK Tn Hj Abdul Aziz Barhan, antara tujuan program ini adalah untuk meraikan golongan  ini agar mereka tidak merasa kekurangan ataupun terpinggir. Beliau berkata golongan ini sangat sangat perlu untuk dibela sejajar dengan dasar kerajaan Negeri sendiri iaitu Negara Berkebajikan.

Pihak JKKK sendiri akan sentiasa berusaha untuk membantu mereka mereka ini  kerana bukan sahaja kerana dasar kerajaan, tetapi adalah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk saling bantu membantu sekiranya mereka berada di dalam kesusahan..kata Tn Hj Abdul Aziz lagi.

Sementara itu, warga warga Padang Jawa yang akanmenunaikan Fardhu Haji ke Mekah juga turut diraikan. Antara yang hadir adalah Puan Saamah dari Lorong Bali dan Puan Wak Sahar dari Lorong Berangan.

Kesenua tetamu telah dijamu dengan pelbagai hidangan seperti nasi Impit kuah kacang, Kuin Muih, Mee Sop buah buahan serta pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan.

AIDIL FITRI JKKK BERSAMA SAMA MASJID AS SOLIHIN



Sabtu - 9hb Oktober 2010 - JKKK Padang Jawa Petaling telah turut serta dalam program sambutan Aidil Fitri peringkat Kampung Padang Jawa yang telah dianjurkan oleh Masjid As Solihin Padang Jawa.

Dalam program tersebut, sebanyak 18 Organisasi Bukan kerajaan (NGO) telah turut serta bagi menyerikan lagi majlis tersebut. Antaranya termasuklah Pasti Az zahrah, PAS, Surau Nurul Iman, UMNO, KEMAS, serta JKKK sendiri terdiri dari JKKK Petaling dan Klang.

Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak tersebut termasuklah nasi impit, lontong, mee sop, satay, gulai kawah serta pelbagai jenis masakan Hari raya.

Turut hadir termasuklah Tuan Nazir, Ustaz Ahmad Zaki, Imam Kamal Nasir serta seluruh barisan Masjid As Solihin.. manakala dari kalangan Wakil Rakyat termasuklah Sdr Yaakop Sapari, Puan Rodziah Ismail serta Ahli Ahli Masjlis MBSA.

Dalam program tersebut, JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya memenangi pertandingan Gerai Tercantik serta Barisan terbaik. Hadiah kemenangan tersebut adalah berupa sebuah hamper pelbagai barangan serta sebuah piala.

Beribu rubi masyarakat kampung telah turut hadir dalam majlis berkenaan

KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA

Sabtu 2hb Oktober 2010 - Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya mengadakan satu program KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA pada 2hb Oktober 2010 yang lalu.

Program yang telah diadakan bertempat di Tapak Gerai MBSA Jln Mat Raji, Padang Jawa itu telah turut diserta oleh Pihak Berkuasa tempatan yang lain. Antaranya ialah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya JKJR.

Turut Hadir dalam program itu ialah Ketua Trafik Shah Alam serta Pengerusi JKKK sendiri, Tn Hj Abdul Aziz Barhan.

Dalam Ucapan alu aluan, Tn Haji berharap pihak PDRM dapat memberi kerjasama yang baik bersama sama JKKK dalam usaha JKKK mengurangkan kadar jenayah mahupun menghapuskan sama sekali jenayah di sekitar Kampung Padang Jawa. "Semuga usaha murni seperti ini akan dapat sokongan sepenuhnya dari masyarakat dengan memberi kerjsama dan menyalurkan maklumat kepada pihak Polis mahupun JKKK sendiri' kata  beliau lagi.

Ketua Trafik Shah Alam pula menyarankan bahawa kesedaran dikalangan masyarakat adalah amat penting dalam usaha nmengurangkan kadar kemalangan Malaysia amnya. Beliau berharap agar pengguna pengguna Jalanraya sntiasa berhati hati dalam memandu serta beliau juga berharap agar masyarakat sekitaran ini mengambil langkah pencegahan..antaranya dengan memakai topi keledar ketika keluar rumah terutanamya di Kawasan kampung kampung.

Sebanyak 100 biji topi keledar telah turut diedarkan kepada masyarakat dalam program tersebut. Selain itu, pameran pameran seperti pameran motor dan gambar gambar kemalangan ngeri telah turut diadakan dalam usaha pihak berkuasa mengurangkan kadar kemalangan.