PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 15 Jun 2011

HARI KELUARGA REHLAH DAN RIADAH










Program Rehlah dan riadah serta Hari Keluarga bersama sama JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya diadakan pada 14 dan 15 hb May yang lalu. Bertempat di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, program tersebut telah diadakan selama 2 hari 1 malam.

Pelbagai aturcara telah diatur untuk semua peserta peserta agar hari keluarga ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh peserta peserta. Antara peserta peserta program adalah dari  NGO NGO sekitar Padang Jawa seperti HAWA, Persatuan Penduduk Lorong Hj Borhan, Muslim Care, Skuad COMBI Padang Jawa serta Jabatan Amal Padang Jawa.

Pada sebelah malamnya juga selain diadakan barbecue juga diadakan acara dalam dewan untuk menduga akal dan acara teka teki serta bertaaruf. Manakala disebelah paginya, telah bersolat subuh turut diadakan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Saiful yang didatangkan khas dari Shah Alam.
Di sebelah paginya turut diadakan sukaneka untuk semua.
Peserta terdiri dari pelbagai lapisan termasuk yang berkeluarga mahupun yang membujang.Menurut Pengerusi JKKK, Tn Hj Abdul Aziz, alhamdullilah, antara tujuan utama program adalah untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim terutamanya masyarakat Padang Jawa bersama sama dengan JKKK. Alhamdullillah, saya melihat mereka semua merasa amat gembira serta rasa dihargai oleh pihak kami. katanya.

Kami berharap program seperti ini akan dapat kami teruskan dimasa masa akan datang insya Allah.
Ketua Biro Kebajikan En Mahfuz Othman pula datang bersama sama keluarga dan melahirkan keseronokan beliau kerana dapat sekali ber rehlah bersama keluarga. Beliau juga turut sempat memancing bersama sama rakan rakan yang hadir.

Kami berpendapat bahawa program ini adlah baik sekali. Bagaimanapun skopnya mungkin perlu diperluas dengan berusaha mendapatkan penajaan dari pelbagai pihak terutamanya dalam membentuk masyarakat yang perihatin di Padang Jawa.

Isnin, 6 Jun 2011

PROGRAM MOTIVASI HARI IBU




 Ahad 0805/2011 - Sempena hari IBU 2011, JKKK tidak ketinggalan untuk menghargai jasa jasa ibu. Untuk itu, satu program hari ibu telah diadakan pada 08/05/2011 yang lalu. Program yang dinamakan program Motivas sempena Hari IBU, intu telah diadakan di dataran Hj Borhan Lot 634D, Jalan Mat Raji dengan menjemput seorang pakar motivasi iaitu Pun Hajah Azlin Hezri.
Tajuk Motivasi pada malam itu adalah Bicara wanita serta pembentukan Keluarga Sakinah.
Dalam Bicara tersebut, Pn Azlin Hezri menytakan bahawa jasa ibu itu adalah satu perkara yang sangat penting untuk dihargai. Malah Junjungan Besar Nabi Muhammad saw sendiri menyatakan betapa pentingnya menghormati ibu dengan menyatakannya sebnayak 3 kali apabila ditanya oleh seorang sahabat.
Beliau juga memberi motivasi kepada ibu ibu untuk menjadi ibu mithali dalam keadaan sekarang yang serba mencabar.
Institusi kekeluargaan adalah amat penting dan mestilah dipertahankan. Ini akan dapat menjamin sesebuah pembentukan keluarga yang baik dan sakinah yang mendapat keredhaan Allah. TaK lupa juga diharggai ialah Jasa bapa yang tak kurang hebatnya bersama ibu dalam pembentukan sebuah keluarga.

Tn Hj Aziz dalam ucapan beliau pula mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu ibu di Kampung Padang Jawa. beliau sentiasa mendoakan agar mereka semua mendapat anak anak yang baik dan soleh serta keluara bahagia.

Cabutan nombor bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program sempena hari ibu ini. Para jemputan terutamanya dari kalangan ibu ibu turut diraikan dengan penyediaan makanan serta minuman sebagai hidangan makan malam.

Turut hadir menyrikan program ini ialah Dr Daroyah selaku wakil dari MPP Zon 5. JKKK tidak ketinggalan mengucapkan ribuan Keseluruhannya , kami benpendapat program ini telah mencapai matlamat yang kami inginkan dalam merapatkan lagi hubungan di antara  keluarga terutamanya antara anak dan ibunya selain menimbulkan rasa kesedaran kepada anak anak mengenai perlunya kehadiran seorang yang dinamakan ibu dalam kehidupan seseorang itu.