PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 22 Februari 2012

GUNTING RAMBUT UTK PELAJAR SEKOLAH




 

Program gunting rambut secara percuma telah diadakan pada 23hb Disember 2011yan lalu. Seramai 100 orang anak anak sekitar Padang Jawa Petaling telah dipilih terutamanya di kalangan anak anak yatim, golongan keluarga miskin serta dari kalangan masyarakat yang memohon bantuan dalam menguruskan sessi pembukaan sekolah bagi tahun 2012 ini.

Program anjuran bersama JKKK Padang Jawa Petaling serta PAS Padang Jawa ini telah mendapat pertanyaan dari ramai pihak yang mahukan agar skopnya diperluaskan kepada lebih ramai pelajar. Ini kerana ramai dikalangan masyakat menghadapaui masalah terutama menjelang tahun baru persekolahan kerana memerlukan wang yan g banyak untuk menguruskan anak anak yang bersekolah.
Menurut Hj Hismam Parman, Ketua PAS Padang Jawa Petaling beliau bersyukur atas sambutran yang diberikan oleh anak anak masyarakat dan akan cuba meneruskan usaha usaha murni di masa mas akan datang.

Tuan Hj Aziz pula pula mengucapkan syabas kepada PAS atas usaha usaha yang dilakukan dan akan sedia membantu untuk program program kemasyarakat yang dilakukan di masa masa akan datang malah dengan sesiapa sekalipun yang bersedia bekerjasama dengan JKKK demi kebaikan bersama sama dalam membantu masyarakat.

Jumaat, 17 Februari 2012

BIRO ICT RAIH KE 3 TERBAIK




4hb Disember 2011 - Setelah diumumkan selaku Kampung ke 3 terbaik dalam pertandingan Ketua Kampung terbaik, kini tiba pula giliran BIRO ICT JKKK padang Jawa Petaling mendapat tempat ke 3 terbaik dalam pertandingan mereka Laman Blog JKKK peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Dalam pertandingan yang disertai oleh lebih 100 buah kampung itu, meraih tangga ketiga adalah satu pencapaian yang aimat memberangsangkan,

Selaku wakil dari Biro ICT, blogger selaku ketua Biro ICT serta dibarisi oleh AJK AJK kecil biro yang terdiri dari Sdr Abdul Azim Husin (Editor)  dan Sdr Mohd Fareez Abdul Aziz selaku photographer serta Sdr Mohd Firman Hazizan selaku Videographer ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sokongan serta dorongan yang kami terima selama ini dalam menjayakan sistem teknologi maklumat serta Laman Blog JKKK Padang Jawa Petaling selama ini.

Tanpa sokongan dari AJK JKKK serta masyarakat Kampung pihak kami tidak akan dapay menjayakan serta menyalurkan teknologi maklumat ini kepada masyarakat. Semuga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk pihak kami lebih berusaha lagi selain memberi maklumat terbaik kepada masyarakat.

Wallahualam.