PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Jumaat, 6 April 2012

SEMBANG SANTAI BERSAMA DATUK SERI NIZAR




 

Ahad 12/02/2012 - Satu program sembang santai telah diadakan pada 12/02/2012 lalu bertempat di Dataran Hj Borhan Lot 634D. Tetamu jemputan istimewa untuk sembang santai ini ialah Yang Berhormat Mantan Menteri Besar Perak merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Progra\m yang bermula jam 05.30 petang itu adalah untuk menyasarkan untuk memberi penerangan secara santai mengenai apakah yang berlaku sekitar Keadaan di negeri Perak khususnya dan bagaimana pihak pihak musuh menggunakan taktik taktik kotor untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Beliau juga sempat menceritakan mengenai apa yang berlaku di Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Turut hadir pada petang itu adalah Pengerusi JKKK, Ketua Cawangan PAS Petaling , Naib Yang di pertua PAS Shah Alam serta Tn Hj Azli Yusof selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam. Beliau juga bertindak sebagai moderator untuk majlis yang di adakan pada petang itu.

Jamuan turut disajikan kepada semua para tetamu dan orang ramai . Diharap majlis seperti dapat memberi manafaat kepada masyarakat dalam usaha untuk memberi penerangan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Tanah air kita dan jangan lagi mengharapkan akhbar akhbar harian seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star yng intergriti dipertikai dan tidak lagi boleh dipercayai langsung.

REHLAH KE PORT DICKSON



 
 
 
JKKK padang Jawa Petaling dengan kerjsama Kumpulan NGO Hawa sekali lagi telah berjaya mengadakan satu program Riadah dan Rehlah yang telah di adakan di Pantai Port Dickson pada 11hb Februari 2012 yang lalu.

Rombongan menggunakan bas telah bergerak dari Kampung Padang Jawa pada jam 7.30pagi dan tiba di Pantai kira kira jam 10.00 pagi.

Antara aktiviti riadah yang diadakan termasuklah acara sukaneka keluarga, acara menduga akal, masak memasak serta mandi manda di Pantai. Masing masing membawa ahli keluarga . Diharap majlis ini dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim yang telah sedia terjalin serta dapat menjalin kerjasama baik antara JKKK mahupun Kumpulan HAWA sendiri.