PERJUANGAN SERTA MOTTO KAMI
KE ARAH KAMPUNG BERKEBAJIKAN
.... KAMI DI JKKK PADANG JAWA PETALING AKAN TERUS BERUSAHA MEMPERBAIKI TARAF KAMPUNG INI SAMADA DARI SEGI KEHIDUPAN, EKONOMI, PEMBANGUNAN SOSIAL, KEBAJIKAN, JUGA PEMBANGUNAN INSANIAH SERTA AGAMA INSYA ALLAH...MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU JIHAD KAMI..

.

MH370

MH370

Rabu, 8 Ogos 2012

BOLING AMAL STRIKE JKKK....










JKKK Padang Jawa Petaling telah berjaya menganjurkan satu program Boling amal pada 13hb May 2012 yang lalu. program riadah ini adalah dalan tahun kedua penganjuran setelah berjaya menganjurkan program seperti ini pada tahun lalu.

Sebanyak 28 pasukan telah turut menyertai program boling ini dan antara penyertaan ialah dari CCM Fertilizer, JKKK Klang, Sekolah Agama, Kelab Sukan Vtec. dan lain lain. Pasukan dari Taman Mat Raji telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan ini. Hadiah berupa Piala Pusingan / hamper serta wang tunai RM300 telah kepada Juara manakala tempat Kedua RM200 dan ke 3 RM300.

Pertandingan in i telah diresmikan oleh YB Yaakob Sapari DUN Kota Anggerik manakala upacara penutup dan penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh ahli Parlimen YB Khalid Samad.

Matlamat utama pertandingan iaiatu mengeratkan tali siratulrahim dikalangan masyarakat serta pemimpin . Di harap pertandingan seperti ini akan dapat diteruskan di masa masa akan datang Insya Allah.

KUMPULAN REWANG JEMAAH BERSATU...




Kumpulan Rewang jemaah bersatu telah diundang untuk menjayakan majlis perkahwinan anak kepada Puan Niah Opah pada 11/05/2012 yang lalu.
Jemaah bersatu telah ditugaskan untuk menguruskan tugas tugas rewang serta menyelaras majlis tersebut agar berjalan dengan baik...alhamdullillah.

SATU MALAM SEJUTA AMAL....















JKKK Padang Jawa Petaling dengan kerjasama HAWA Padang Jawa telah berjaya menganjurkan satu program MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA SATU MALAM SEJUTA AMAL  pada tarikh 4hb May 2012 yang lalu.

Program yang julung kali di adakan ini telah mendapat sambutan begitu hangat sekali dari masyarakat setempat yang berpusu pusu hadir dalam program ini. Walaupun dkenakan bayaran sebanyak RM20 seorang ini ternyata tidak menghalang masyarakat dari terus hadir. Program amal ini adalah untuk HAWA Padang Jawa agar dengan adanay sedikit dana terkumpul akan dapat membantu mengerakkan lagi NGO ini kerana NGO ini kebanyakannya ahli ahlinya adalah terdiri dari para ibu ibu tunggal sekitar Padang Jawa Petaling.  Kebanyakan mereka mereka ini adalah terdiri dari golongan yang sederhana dan miskin.

Selain itu juga program seperti ini ternyata telah berjaya mengeratkan siratul rahim dikalangan masyarakat dan JKKK dan HAWA. turut serta dalam program ini adlah kumpulan Superbike WAL DOL yang juga telah berkenan hadir memeriahkan suasana dengan bunyi motor superbike mereka.

Para hadirin tidak kesunyian dengan adalah acara kesenian Islam. Antara yang dipersembahkan pada malam tersebut adalah sajak dari ahli HAWA sendiri, Pn Rafeah buang, selain kehadiran beberapa kumpulan  seperti PJ Combine, Melaka syahid serta tidak ketinggalan kumpulan yang sedang meningkat iaitu Al Farabi Band. Ternyata kehadiran mereka telah dapat menghiburkan para hadirin sekelian.

SEMBANG SANTAI BERSAMA CATRIONA...









Satu Program Sembang santai di waktu malam telah di adakan bertempat di No 24 Taman Baru, Padang Jawa Petaling pada tarikh 10hb April 2012 yang lalu. Program Sembang malam dan Kopi o Tarik anjuran bersama sama PAS Padang Jawa Petaling, JKKK, Jawatankuasa Kuliah Lorong dan Masjid as solihin ini di adakan bersama sama bekas rakan artis iaitu Cik Catriona Bahrin Ross, yang pernah popular di kaca TV melalui lakunan lakunan beliau dalam drama dram melayu.
Menceritakan pengalaman beliau yang berhijrah dari pada dunia artis kepada dunia Islam yang lebih syumul, beliau menceritakan pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuh untuk menjadi manusia yang direshai oleh Allah swt. Pelbagai tohmahan dan cacian diterima oleh beliau sehingga pernah di digelarkan oleh mereka mereka sebagai ustazah jadi-jadian. Namun beliau tetap bertegas dan istiqamah dalam laluan beliau mencari keredhaan Allah kerana terlalu yakin dengan janji Allah yang pasti benar.
Turut hadir dalam program ini ialah Tn Haji Jamil selaku Pegawai Kepada Ahli Parlimen, Tn Hj Khalid Samad . Masyarakat yang hadir turut juga di selang selikan dengan persembahan dari anak anak pelajar pelajar PASTI Az Zahrah 4 Padang Jawa yang diketuai oleh Pn Hjh Aziah.

Jamuan turut disediakan kepada seluruh yang hadir dan semuga majlis seperti ini yang menyeru kepada kebaikan dan seruan jihad mendapat restu dari Allah dan sambutan baik dan masyarakat amnya.

Isnin, 6 Ogos 2012

Ziarah bersama PAS....









PAS Cawangan Padang Jawa Petaling dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Petaling telag mengadakan satu program Ziarah kepada masayarakat Padang Jawa ini,. Program ini diadakan pada 23hb April 2012 yang lalu dan diantara rumah rumah yang telah sempat dikunjungi adalah rumah saudara Kamarul, Rumah Tn Hj Selamat, rumah adik Yusoff dan beberapa buah rumah lagi.
Lawatan dan ziarah ke rumah saudara Kamarul dan adik Yusoff adalah susulan dari peristiwa yang berlaku kepada anak sdr Kamarul. yang telah meninggal dunia akibat musibah. Turut terlibat dalam musibah tersebut ialah adik Yusoff ynag turut diziarahi.
Pihak PAS dan JKKK mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semuga roh allayarham anak sdr Kamarul dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman..amin

KULIAH LORONG SRI AMAN...







Satu Program kuliah lorong telah di adakan bertempat di Lorong Sri Aman pada Sabtu 31/03/2012 yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama sama dari JKKK, Jawatankuasa Program Kuliah Lorong, Persatuan Penduduk Lorong Sri Aman, Surau Nurul Iman , Masjid As Solihin Padang Jawa dan MPP Zon 6.
Pihak Jawatankuasa telah menjemput Imam I Masjid As Solihin selau penceramah pada malam itu. turut hadir ialah Ketua Kampung Hj Abdul Aziz dan AJK.
Dalam majlis ini juga, pihak jawatankuasa telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan miskin serta warga warga emas di sekitar lorong itu. Insya Allah, program ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

USRAH DAN PERINGATAN.....







19hb March 2012 - Satu Program Usrah dan peringatan telah diadakan pada 19hb March yang lalu. Program yang diadakan ini adalah sebagi satu usaha dakwah yakni usrah dan peringatan dikalangan para AJK AJK JKKK serta kumpulan HAWA Padang Jawa.
Alhamdullillah, ianya mendapat sambutan baik dengan kehadiran hampir keseluruhan ahli demi merawat hati ini. Naqib pda malam itu adalah saudara Ustaz Rizal yang juga merupakan Pegawai kepada ADUN Kota Anggerik, YB Yaakob Sapari.

Ustaz Rizal juga meneceritakan pengalaman beliau dalam menjalani kehidupan serta kewajipan intiqamah dalam kehidupan beragama. Insya Allah hiup akan selamat. Beliau juga mengucapkan syabas di atas usaha usaha gigih pihak JKK mengadakan program seperti ini. Alhamdullillah.